Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, October 15, 2014

Belum fikir pencen


Neelofa membawa watak wanita gedik dan harap penonton tidak salah anggap.

DENGAN ura-ura perkahwinan ramai yang menjangkakan pelakon serta pengacara cantik ini akan meninggalkan dunia seni tidak lama lagi. Bagaimanapun sehingga ke saat ini masih belum ada kata putus mengenai kesahihan berita tersebut. Tidak pernah terfikir mahu meninggalkan dunia seni dalam waktu terdekat, balas wanita ini selagi bidang ini menjanjikan keuntungan mengapa dia perlu menarik diri.

“Saya tiada sekatan untuk terus aktif dalam bidang ini, buat masa ini selagi saya selesa saya akan teruskan kerja saya seperti biasa.

“Sama ada lima atau 10 tahun lagi saya tidak tahu berapa lama saya akan di sini, bagaimanapun jika ia masih memberi keuntungan kepada saya mengapa saya perlu keluar," katanya.

Kali pertama membawakan watak wanita gedik, tidak dinafikan Neelofa berjaya menjayakan watak tersebut, namun melihat beberapa adegan menggoda yang dibawakan Neelofa ada yang tertanya adakah lakonannya dalam filem Dollah Superstar itu sedikit mengganggu situasinya sebagai seorang wanita bertudung kini.

Ternyata sikap profesional Neelofa menjawab segala teka-teki itu apabila dia percaya peminatnya lebih bijak untuk mengimbangi perkara tersebut.

“Saya fikir peminat faham, sewaktu itu saya belum berhijab dan memang watak itu memerlukan saya melakonkan watak sebagai wanita gedik jadi saya beri yang terbaik.

“Sebagai pelakon saya kena berlaku adil dalam hal ini, walaupun saya sudah bertudung tetapi itu tidak bermakna saya perlu malu dengan lakonan saya. Sehingga ke saat ini memang saya terlibat dengan semua promosi yang sudah diaturkan," katanya.

Bergandingan dengan Awie dan Sharnaaz, balas Neelofa walaupun watak itu jauh berbeza dengan dirinya namun dia percaya bahawa penonton akan mendapat kepuasan dengan lakonannya dalam filem tersebut.

“Saya percaya penonton akan meluat dengan watak yang saya pegang, tetapi tidak mengapa kerana memang itu yang saya mahu.

“Bekerjasama dengan pelakon hebat dalam filem ini juga sedikit sebanyak membantu saya dalam menyampaikan watak saya dengan baik," katanya.

Sementara itu Dollah Superstar merupakan karya terbaru pengarah terkenal, Kabir Bhatia yang sebelum ini cukup terkenal dengan pengarahan filem dan drama genre romantik . Kemampuannya mewujudkan kelainan dalam Dollah Superstar berjaya membuktikan dia mampu lari dari genre percintaan sahaja.

Sementara itu Dollah Superstar secara dasarnya menampilkan kelainan kerana ia berkisar tentang seorang gengster yang bercita-cita menjadi pelakon dan dari situ adegan demi adegan mula mencorakkan filem Dollah Superstar.

sumber

No comments:

Post a Comment