Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Thursday, March 19, 2015

Kuota haji bagi jemaah Malaysia kekal seramai 22,320


Projek pembesaran Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi sedang rancak berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2016.

Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengekalkan pengurangan kuota haji bagi musim 1436H ini bagi semua negara termasuk Malaysia sehingga kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya selesai pada tahun 2016.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menjelaskan perkara ini antaranya ialah ;

* dengan keputusan itu, kuota haji bagi jemaah Malaysia kekal seramai 22,320 orang seperti tahun lalu iaitu pengurangan sebanyak 20 peratus daripada hampir 29,000 yang diberi sebelum ini. Kumpulan pertama akan bertolak pada 16 Ogos ini.

* keputusan itu melibatkan semua negara Islam dan ia dibuat dalam mesyuarat dengan Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi, Dr. Bandar Hajar

* saya turut membawa surat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipersembahkan kepada pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Aziz al-Saud bagi meminta kuota jemaah kita ditambah ekoran jumlah jemaah Malaysia yang telah mendaftar kini mencecah 1.7 juta orang.

* jika kuota ini kekal, masa menunggu akan menjadi terlalu panjang sehingga 66 tahun

(SEPANG – Khamis, 19 Mac 2015 - sumber berita dan gambar)

No comments:

Post a Comment