Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Friday, August 22, 2014

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) boleh digunakan secara penuh

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi  (Gambar dari The Malaysian Insider)

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang sebelum ini berdepan masalah lubang benam, kini boleh digunakan secara penuh termasuk pesawat bersaiz besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata ini perkara tersebut diselesaikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama syarikat pakar yang dilantik.

Nurul Izzah mohon maaf kepada Raja Nong Chik

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (Gambar dari The Malaysian Insider)

Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Thursday, August 21, 2014

Beli barang hantaran dapat Perodua Viva

Omar bergambar bersama Perodua Viva dimenanginya dalam satu majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan bertuah Pasaraya Sakan di Kuala Kangsar. Gambar dari Sinar Harian Online

Seorang pekerja ladang sawit tidak menyangka barang hantaran untuk pertunangan yang dibelinya membawa tuah apabila dia diumumkan sebagai antara pemenang Perodua Viva.

Anak guru meninggal terperangkap 8 jam dalam kereta

Gambar hiasan dari Google

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Wednesday, August 20, 2014

Zionis Israel sengaja mencipta alasan serang Gaza

Gambar dari Harakahdaily

Zionis Israel sengaja mencipta alasan baru untuk melangsungkan pembunuhan ke atas penduduk Gaza.

Terbaharu, Perdana Menteri negara haram Israel Benjamin Netanyahu mendakwa Hamas tidak mematuhi genjatan senjata dan membedil roket ke kawasan mereka.

Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan

Gambar dari Harakahdaily

Harakahdaily menyiarkan berita tentang Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17

Gambar dari Harakahdaily

Harakahdaily melaporkan yang PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 22 ogos ini.

Kereta guru terbakar

Gambar hiasan dari Google

Shah Alam: Sebuah Proton Waja milik seorang guru musnah selepas ia tiba-tiba terbakar dalam kejadian di sebuah sekolah di Teluk Panglima Garang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Tuesday, August 19, 2014

Kelantan turut hormati Hari Perkabungan Negara


Harakahdaily melaporkan kesudian Kerajaan Kelantan mematuhi pengumuman kerajaan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara, kerajaan Kelantan turut sama menghormatinya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat Malaysia amat sedih terhadap peristiwa tersebut.

Pencemaran hulu Sungai Lipis di tahap serius



KUALA LUMPUR: PAS Pahang menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat segera punca pencemaran Sungai Lipis yang semakin serius.

Setiausahanya, Roslan Zainal berkata, pihak JAS perlu mengambil tindakan tegas membanteras pencemaran daripada berterusan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U'?



Abdul Khalid Ibrahim
Gambar dari mStar Online

Kemelut Menteri Besar di Selangor bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U' dengan membenarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatannya.

Monday, August 18, 2014

Masih segar diingatan walaupun sebulan nahas MH17 telah berlalu


Gambar dari Sinar Harian Online

Suasana sepi menyelubungi galeri khas 'Reflection MH17' di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini, Ahad walaupun ramai pelancong asing dan rakyat tempatan memenuhi ruang itu bagi memberi penghormatan sempena genap sebulan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 hari ini.

Friday, August 15, 2014

EXCO PAS hadir bagi elak Kerajaan Selangor jatuh


Gambar dari Harakahdaily

Kehadiran empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS ke mesyuarat mingguan exco bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim semalam adalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh.

Wednesday, August 13, 2014

Jaga kesihatan mulut

Gambar dari Harakahdaily

Rasa sakit dan tidak selesa apabila mengalami masalah gigi menunjukkan kesihatan mulut sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Tuesday, August 12, 2014

PAS Selangor akur kehendak PAS Pusat

Gambar dari Harakahdaily

Pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa sahaja arahan dari PAS Pusat berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

Sunday, August 10, 2014

Semua ahli PAS bertenang dan bersabar atas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid

Gambar dari Harakahdaily

Harakahdaily menyiarkan berita permintaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Wednesday, August 6, 2014

Permohonan Utusan, TV3 merayu didengar serentak dalam kes WWW1


Harakahdaily hari ini menyiarkan kes mahkamah yang melibatkan permohonan kebenaran merayu oleh Utusan Melayu (M) Bhd dan TV3 terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung saman sivil difailkan terhadap mereka oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan dengar serentak oleh Mahkamah Persekutuan.