Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Saturday, July 19, 2014

Nik Aziz sihat, laporan meninggal dunia palsu

Nik Aziz

FATHIN ATHIRAH HASLI
18 Julai 2014

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat menafikan khabar angin mengenai bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa meninggal dunia tengah malam tadi.

Menurutnya, keadaan Nik Aziz yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan dilaporkan kritikal namun beliau masih stabil.

"Setakat semakan yang saya buat, tiada berita kematian tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff dalam satu kenyataan melalui sistem aplikasi Whatsapp turut menafikan khabar angin tersebut.

Beliau turut meminta semua pihak merujuk perkembangan terbaru kesihatan Nik Aziz melalui laman Facebook keluarganya.

Nik Aziz telah ditempatkan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian bagi menerima rawatan atas faktor usianya yang semakin meningkat.

Sementara itu, anak Mursyidul Am Pas itu, Nik Mohamad Abduh turut mengesahkan laporan itu tidak benar menerusi laman sosial miliknya.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit.

"Doakan Lailatulqadar untuknya dan kita semua," menerusi laman mikro Twitter miliknya.

No comments:

Post a Comment