Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Friday, July 18, 2014

Pautan berita-berita nahas MH17

Gambar di lokasi kemalangan. (Imej dari Google)

Berikut ialah pautan berita nahas MH17 yang dikeluarkan BH Online

MH17: Juruterbang pesawat berhasrat tunaikan haji selepas Aidilfitri

KEMAMAN: Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia

MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Reuters

Nahas MH17: Pesawat terbang di laluan selamat mengikut ICAO - PM

SEPANG: Pesawat MH17 yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbang di ruang udara yang selamat mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Nahas MH17: Malaysia akan siasat secara terperinci punca nahas - Najib

SEPANG: Malaysia berikrar akan menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, walaupun pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersial itu ditembak jatuh.

Pegawai Amerika percaya pesawat Malaysia ditembak peluru berpandu darat-ke-udara

WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.

Nahas MH17: Pihak bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan - Najib

SEPANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia mendesak pihak bertanggungjawab dalam nahas pesawat itu mesti dibawa ke muka pengadilan.

Nahas MH17: Malaysia akan hantar pesawat khas ke Kiev - Najib

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan menghantar sebuah pesawat khas ke Kiev mengandungi pasukan bantuan bencana dan penyelamat serta perubatan.

Nahas MH17: 'Hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia' - Najib

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Nahas MH17: Bapa sedih tidak dapat sambut Aidilfitri bersama anak

SEPANG: Perasaan teruja dan gembira untuk menyambut Aidilfitri bersama anak-anak bertukar hiba apabila anak lelaki yang juga penumpang pesawat MH17, Mohd Ali Mohd Salim, 30, yang dijadual tiba di tanah air dari Amsterdam jam 6.15 pagi ini dilaporkan terhempas di Ukraine, sempadan Russia, malam tadi.

ICAO pantau laporan nahas MH17

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) merakamkan rasa sedih dan kesal atas kehilangan nyawa penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH17.

Nahas MH17: Pesawat AS setuju elak ruang udara sempadan Russia-Ukraine - FAA

WASHINGTON: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AA) secara sukarela bersetuju untuk mengelak daripada melalui ruang udara berdekatan sempadan Russia-Ukraine.

PM Israel arah serangan darat di Gaza

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan pihak tentera melancarkan semula serangan darat di Gaza, menurut kenyataan rasmi daripada pejabatnya.

Tiga maut dalam keganasan Israel di Gaza selepas gencatan senjata

BANDARAYA GAZA: Bedilan kereta kebal Israel ke Gaza malam tadi mengorbankan tiga orang, yang meningkatkan jumlah kematian rakyat Palestin kepada 240 orang dalam tempoh 10 hari.

MH17 terbang di ruang udara tanpa sekatan - IATA

SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan.

Pesawat penumpang pernah ditembak jatuh beberapa kali sebelum ini

WASHINGTON: Walaupun tindakan menembak jatuh pesawat sarat dengan penumpang bukanlah sesuatu yang kita fikir akan berlaku, namun beberapa kes sebelum ini menunjukkan ia pernah terjadi.

Nahas MH17: Ahli keluarga periksa senarai nama penumpang

SEPANG: Beberapa ahli keluarga dilihat memeriksa senarai nama penumpang MH17 di Anjung Tinjau bagi mengesahkan nama ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17

KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Kakak saya antara penumpang MH17 - Adik penumpang

Sepang: Seorang ahli keluarga penumpang MH17 mengesahkan kakaknya adalah antara penumpang dalam pesawat itu yang terhempas di Ukraine.

PM Britain terkejut dengan nahas pesawat Malaysia

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron hari ini melahirkan rasa terkejutnya dengan berita nahas pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 295 orang terhempas di timur Ukraine.

Nahas MH17: Urutan masa nahas

KUALA LUMPUR: Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

NahasMH17: Ukraine tubuh suruhanjaya negara siasat pesawat terhempas

KUALA LUMPUR: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Negara bagi menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur negara itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Muhyiddin lahirkan harapan, doa untuk penumpang dan kru MH17

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan dan doa beliau terhadap para penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Russia.

PM Singapura terkejut, sedih nahas pesawat MH17

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan perasaan terkejut dan sedih beliau apabila mendapat perkhabaran mengenai pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS sahkan terputus hubungan dengan pesawat penerbangan MH17

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan syarikat itu menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Boeing sedia salur bantuan bagi MH17

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.

Anak kapal MH17 sempat WhatsApp kepada ibu bapa

Georgetown: Seorang anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sempat menghantarkan kiriman media sosial whatsApp kepada ibu bapanya ketika masih di Amstrerdam pada malam sebelum kejadian terbabit.

Najib tiba di KLIA untuk dengar taklimat pesawat MH17

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Bangunan Pengurusan Penerbangan (FMB) Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk mendapatkan perkembangan terkini insiden pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.

Aeroflot tidak akan terbang melintasi ruang udara Ukraine

MOSCOW: Penerbangan Aeroflot yang dikuasai Russia tidak akan terbang melintasi ruang udara Ukraine, kata pegawai syarikat berkenaan berikutan kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas di timur Ukraine.

Penerbangan Turki elak ruang udara Ukraine

ISTANBUL: Penerbangan Turki berkata semua penerbangannya akan mengelak daripada melalui ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 dipercayai terhempas di timur negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment