Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Tuesday, October 6, 2015

Hadi, Siti antara Muslim berpengaruh di dunia




The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016.


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin antara individu yang tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia keluaran terbaharu The Muslim 500: The World's 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016.

Abdul Hadi yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu diiktiraf dalam kategori pendakwah dan panduan rohani digambarkan sebagai seorang pengarang beberapa buku berkaitan dengan demokrasi dan politik dalam Islam serta turut memberi kuliah setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila yang menarik ribuan orang.

Sementara Siti dan penyanyi, Hafiz Hamidun turut tersenarai bagi kategori seni dan budaya.

Siti digambarkan sebagai penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah muzik serta diberi penghormatan atas sumbangannya dalam kerja-kerja amal dan merupakan salah satu daripada penerima anugerah Ikon Malaysia.

Sementara Hafiz Hamidun disenaraikan sebagai artis nasyid yang telah memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik.

Buku ini menyenaraikan 500 orang yang paling berpengaruh dalam dunia Islam dengan mengkategorikan individu ke dalam beberapa sektor seperti ilmiah, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan panduan rohani, kedermawanan / kebajikan dan pembangunan, isu-isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya, Quran, media, selebriti, bintang sukan dan juga pelampau.

Senarai ini diumumkan kepada orang ramai setiap tahun sejak 2009.

Personaliti Malaysia yang diiktiraf pada tahun-tahun yang lalu dan sekali lagi dipaparkan adalah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad

No comments:

Post a Comment