ORANG ramai melihat gelagat seorang petugas cuba menumbangkan seekor lembu untuk di korbankan pada Hari Raya Aidiladha di hadapan Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Diharuskan dalam Islam
SITI AISHAH YUSOFF | 17 September 2015 3:00 PM
IBADAT korban pada zaman sekarang ternyata lebih mudah dan praktikal jika dibandingkan dengan era sebelum meluasnya penggunaan teknologi maklumat dan Internet.
Individu yang ingin melaksanakan korban tidak perlu bersemuka dengan wakil yang menjalankan ibadat tersebut untuk membuat tempahan, sebaliknya komunikasi dua hala itu boleh dilakukan dengan berhubung secara terus di dalam talian.
Tambahan pula dengan adanya capaian Internet yang mudah diakses sama ada di bandar mahupun luar bandar, orang ramai hanya perlu ‘klik’ pada laman web yang menawarkan pakej ibadat korban yang menjadi pilihan mereka.
Pelbagai maklumat berkenaan pelaksanaan ibadat korban dapat diketahui dengan jelas melalui keterangan oleh syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut, sekali gus memberi pilihan untuk memilih pakej yang ingin disertai.
Antara kemudahan yang ditawarkan melalui laman web termasuklah proses pendaftaran, pilihan pakej korban, kaedah pembayaran dan senarai negara terlibat dalam melaksanakan ibadat korban itu.
Ternyata, kemudahan untuk berurusan secara dalam talian dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan korban bukan sahaja menjadi mudah malah dianggap lebih cepat dan senang tanpa melalui proses ‘turun padang’ untuk berjumpa dengan wakil tersebut.
Selaras dengan tuntutan agama dan bertujuan menyediakan kemudahan melakukan ibadat korban dengan lebih berkesan, wujud beberapa syarikat yang menjalankan perkhidmatan tersebut secara dalam talian, antaranya Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), Pertubuhan Bantuan Islam Malaysia (IAM), EZ Qurban Sdn. Bhd. dan EQurban Resources Sdn. Bhd. dan Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.
Setiap daripada syarikat tersebut mempunyai pelbagai pilihan dan pakej menarik dengan tawaran harga yang berpatutan. Menariknya, ibadat korban tersebut bukan hanya terhad pelaksanaannya di dalam negara sahaja malah turut melibatkan beberapa buah negara Islam yang rakyatnya hidup miskin dan memerlukan bantuan makanan seperti Kemboja, Vietnam, Somalia dan lain-lain.
Tidak terkecuali, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang memperkenalkan skim tabungan untuk melakukan ibadat korban.
Program Ziarah Korban 1436H merupakan program bermusim yang memasuki kali kelima tahun ini.
Kos korban dalam negara adalah RM500 bagi satu bahagian lembu, RM3,500 bagi seekor lembu dan RM900 bagi seekor kambing.
Pengagihan daging korban kepada lebih 2,000 keluarga miskin di Malaysia khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan kawasan pedalaman seperti fakir miskin,anak yatim miskin, ibu tunggal miskin, warga emas dan golongan orang kurang upaya.
Pelaksanaan ibadat korban di Nepal masih diteruskan untuk tahun kedua berdasarkan kepada keperluan semasa dan juga keprihatinan terhadap mangsa gempa bumi yang lalu.
Hanya haiwan ternakan kerbau dan kambing sahaja yang disenaraikan sebagai haiwan korban di Nepal kerana mengikut undang-undang di sana lembu tidak dibenarkan disembelih.
Kos pelaksanaan ibadat korban di Nepal adalah RM300 bagi satu bahagian kerbau, RM2,100 bagi seekor kerbau dan RM900 bagi seekor kambing.
Maklumat lanjut mengenai IAM boleh layari laman web rasmi www.iam.org.my atau talian 019-3973558.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/manfaatkan-teknologi-untuk-beribadat-1.136930#sthash.bLA9BcO9.dpuf

No comments:
Post a Comment