Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Sunday, September 13, 2015

Qada solat pada Jumaat Ramadan terakhir




Lebih mulia daripada 
ibadat lailatul al-qadr?
BERSAMA AL-SYAIKH DR. MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR (AL-JARUMI) | 
11 September 2015

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa qada solat pada hari Jumaat Ramadan terakhir dapat menggantikan solat yang ditinggalkan hampir 400 tahun. Benarkan riwayat hadis tersebut?


Memang ada disebut dan digembar-gemburkan pada bulan Ramadan baru-baru ini tentang riwayat hadis tersebut. Sesungguhnya hadis Nabi SAW banyak dan kita tidak mampu mengingati kesemuanya.

Kemungkinan riwayat hadis tersebut ada. Namun saya mempunyai sedikit keraguan kerana para guru dan ulama kita tidak pernah berfatwa sedemikian selama ini. Jika riwayat hadis ini sahih, diketahui dan diamalkan maka sudah tentu menurut kebiasaannya para ulama akan menceritakan tentang hadis ini sejak zaman dahulu.

Kedua, kelebihan yang didakwa itu tidak disebut dalam al-Quran. Namun al-Quran menyebut tentang kelebihan ibadat lailatul al-qadr - menyamai seribu bulan atau 83 tahun. Kononnya qada itu menyamai 400 tahun, sekali gus bermakna ibadat pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadan lebih mulia daripada lailatul al-qadr.

Berdasarkan dua asas ini, saya berasa pelik dengan riwayat hadis ini. Adakah ia benar atau sekadar rekaan sahaja. Maka untuk lebih selamat, sewajarnya kita meninggalkan perkara yang ragu kepada perkara yang tidak meragukan. Namun jika ada ulama menunjukkan bukti bahawa hadis ini memenuhi ciri sebagai hadis yang diterima maka ia bukanlah sesuatu yang meragukan. Maka ketika itu, wajarlah untuk beramal dengan riwayat hadis tersebut.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/qada-solat-pada-jumaat-ramadan-terakhir-1.134684#sthash.bQTXHAaH.dpuf

No comments:

Post a Comment