Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Thursday, September 10, 2015

RM28 bilion untuk sara imigran


AFP - SEBILANGAN imigran menunggu untuk pemeriksaan kesihatan di luar sebuah stesen kereta api di bandar Eisenhuettenstadt, timur Jerman semalam.

BERLIN – Jerman akan menggunakan tambahan dana awam berjumlah 6 bilion Euro (RM28 bilion) pada tahun hadapan bagi menyara beratus-ratus ribu imigran yang masuk ke negara berkenaan, kata gabungan parti pemerintah semalam.

“Kerajaan persekutuan akan meningkatkan bajet 2016 sebanyak 3 bilion Euro (RM14 bilion) bagi menangani situasi pelarian dan pencari suaka, manakala 3 bilion Euro lagi akan disalurkan oleh kerajaan tempatan,” kata Parti CDU dan Parti Sosial Demokrat SPD dalam satu kenyataan bersama kelmarin.

Jerman dijangka menerima seramai 800,000 imigran pada tahun ini.

“Sejak beberapa minggu lalu, Jerman menjadi destinasi sebilangan besar pelarian dari rantau Arab dan Afrika Utara yang mencari perlindungan daripada perang dan penindasan,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, kerajaan Jerman memuji gelombang perpaduan yang ditunjukkan rakyatnya yang bersimpati dengan nasib imigran tersebut.

Jerman mengambil bilangan pelarian terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah yang kini dilanda krisis imigran paling teruk sejak Perang Dunia Kedua.

Jumlah keseluruhan imigran di negara itu dijangka mencecah 800,000 orang pada tahun ini, empat kali ganda lebih besar berbanding 2014 dan melibatkan kos 10 bilion Euro (RM48 bilion) kepada negara. Pada minggu ini sahaja, kira-kira 17,000 imigran dijangka menyeberang masuk ke negeri Bavaria, kata polis persekutuan. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3lESey7Hs

No comments:

Post a Comment