Gambar hiasan dari Google
11 September 2015 12:51 AM
ABU Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali atau lebih terkenal dengan nama Imam Al-Ghazali (1058-1111) telah meninggalkan kesan pengaruh pemikiran yang besar terhadap Islam dalam pelbagai bidang, termasuk teori kenegaraan dan falsafah.
Asas tertubuhnya sesebuah negara kerana wujudnya manusia yang ramai dan saling memerlukan bagi melangsungkan kehidupan bermasyarakat. Sesebuah negara akan menjadi kuat dan makmur apabila pemimpin berganding bahu dengan para ulama dan kedua-duanya saling berinteraksi bagi membangun kemaslahatan ummah. Sebab itulah, Al-Ghazali memerihalkan dengan jelas mengenai peranan ulama sebagai penasihat.
Ulama bertanggungjawab menasihati pemimpin dan tidak menjarakkan dirinya daripada masyarakat. Ulama tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia. Jika ulama terperangkap dengan kebendaan dan kemewahan dunia, maka negara akan rosak walaupun pemimpin sedaya upaya mengarahkan pelbagai keupayaan membangunkan ummah.
Kehancuran sesebuah peradaban mempunyai kaitan kuat dengan persoalan moral atau etika di semua peringkat ulama yang mementingkan kemewahan fizikal dan pangkat, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang korup kerana ulama juga ikut terbabit dengan rasuah.
Akhir-akhir ini, Malaysia berhadapan dengan situasi politik yang kurang memberangsangkan di samping kejatuhan nilai mata wang. Justeru ada ulama meletakkan dirinya ke kancah pemalsuan ilmu. Ada ulama yang sanggup menggunakan kepintaran hujahnya untuk mempengaruhi orang awam hanya untuk mencari populariti yang kalau diterjemahkan ialah berusaha memasukkan dirinya dalam bingkai politik dan kuasa.
Ada segelintir ulama sanggup mengetepikan prinsip politik bermaruah apabila dalam keadaan negara sedikit bermasalah menjalin hubungan dengan dunia luar atas pelbagai alasan, termasuk membangunkan jaringan dengan ulama-ulama di luar negara. Ertinya, ulama atau pemimpin berkenaan lebih mengutamakan pencapaian diri dan pembinaan imej di pihak luar, sedangkan rakyat sangat mengharapkan kesepaduan pemimpin dan ulama berganding bahu memperbetulkan keadaan.
Menjadi lebih malang lagi apabila pemimpin yang merasakan dirinya sebaris dengan ulama mempunyai pengetahuan agama yang lebih baik, ada sedikit kuasa yang diterima atas makna amanah dan tanggungjawab. Dalam keadaan tersebutlah Al-Ghazali merasakan diperlukan suatu kekuatan, kesungguhan dan iltizam para ulama untuk kembali meletakkan negara dalam landasan yang betul dan sejahtera.
Dalam keadaan nilai ringgit yang rendah, pendapat umum yang berbelah bahagi disebabkan pengaruh persepsi, maka ulama perlu berganding bahu memikirkan jalan penyelesaian bagi mengelakkan pembentukan imej buruk terhadap negara, iaitu berusaha mempromosikan kekentalan semangat dan moral yang tinggi dalam kalangan rakyat. Ulama tidak wajar menambahkan lagi kesan beralun sehingga berpotensi menjadi ombak kemarahan rakyat.
Rakyat mula mempersoalkan kredibiliti pemimpin, semasa berkuasa dan mempunyai kuasa sanggup mengkhianati amanah rakyat, akhirnya rakyat berhadapan dengan kesempitan hidup dan kesukaran ekonomi. Situasi sedemikian membawa kepada kerapuhan nurani dan penggelonsoran keyakinan.
Ulama yang berjiwa kerdil sentiasa berusaha mencari kesalahan pemimpin, kadangkala kesalahan hanya kecil tetapi diperbesar-besarkan dengan memasukkan sedikit nilai sejarah. Dalam masa sama, ulama berkenaan kadangkala muncul sebagai oportunis, mencari ruang untuk menjatuhkan pemimpin dengan melabelkan pemimpin dalam kategori zalim dan sombong.
Sikap ulama demikianlah dipanggil ulama su atau jahat oleh Al-Ghazali kerana ulama tersebut berusaha membangunkan citra diri seolah-olah dirinya sahaja yang betul dan mampu menyelamatkan keadaan. Dari segi praktiknya, ulama tersebut tidak mahir dalam aspek pengurusan negara dan sukar menerima kritik. Golongan ulama ini boleh dikategorikan sebagai orang yang pandai tetapi dari segi siasahnya masih belum cukup cerdik. Dengan erti kata lain, melihat dirinya sebagai intelektual walhal dalam perkara muamalah, masih tidak cukup berpengalaman dan mahir.
Bagi membangunkan kesejahteraan ummah dalam konteks negara maslahah, Al-Ghazali menganjurkan pendekatan pendidikan. Lantaran itu, beliau menyarankan kepada umat Islam untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan kefahaman keislaman bagi mengelak perpecahan dan kemunduran umat Islam.
Dalam hal ini, Al-Ghazali mencontohkan institusi pendidikan yang diasaskan Nizam Al Mulk pada pemerintahan Saljuk dan yang pernah diketuai oleh Al-Ghazali sendiri, sebagai tapak par excellence bagi menghasilkan pemikir dan ulama yang handal dalam menangani gejala kemunduran dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.
Al-Ghazali yang hidup dan membina sudut pandangan bersandarkan pengamatan sejarah mahukan pendidikan menjadi asas pembentukan barisan pemimpin yang par excellence ,bukannya pemimpin dan ulama yang takbur, sombong dan leka.
Pemimpin seperti itu membahayakan masyarakat dan negara, walaupun ada ketikanya petah bercakap kerana ingin dilihat autentik. Mereka menggunakan pentas sedia ada mempertahankan idealisme dan tindak tanduknya sendiri. Sebab itulah tidak berani menegur, takutkan kedudukan terancam dan kehilangan kemewahan kebendaan.
Golongan bermuka-muka atau oportunis tidak wajar diberikan peluang kerana mereka merupakan golongan yang boleh merosakkan keyakinan orang lain terhadap Islam. Walaupun mempunyai latar belakang pendidikan agama, mereka adalah parasit yang beransur-ansur meruntuhkan etika politik dan bermasyarakat. Mereka terus menjadi liabiliti dalam masyarakat dengan berlagak seperti jurucakap tidak rasmi, sedangkan secara praktisnya menjadi punca kepada konflik.
Rentetan itu, mereka cuba dengan segala daya mempromosikan cara pandang ini dengan beragam cara. Ada sesetengahnya dengan menguasai jabatan agama dan institusi think thank yang diasaskan oleh kerajaan. Sesetengahnya pula cuba menguasai tapak intelektual di universiti dan wacana umum melalui forum-forum ilmiah, diskusi, seminar dan sebagainya. Tidak kurang juga berusaha menggunakan pena atau bertindak sebagai keyboard warrior untuk mempromosikan agenda terselubung bila diberikan peluang.
Dalam hal ini, Al-Ghazali memberi ingatan bahawa tugasan dan peranan ulama sungguh mulia. Bagaimanapun, kewujudan ulama bagaikan berwajah dua iaitu boleh mendatangkan kebahagiaan dan kebinasaan selama-lamanya. Ulama yang binasa ialah ulama yang tidak dapat memanfaatkan ilmunya dan hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai mengamalkan manakala ulama yang bahagia selama-lamanya ialah ulama didekatkan oleh Allah.
Di zaman akhir ini, ramai manusia yang ingin meraih kekuasaan politik termasuk dalam kalangan ulama, tetapi tujuannya bukan untuk meninggikan kalimatullah. Mereka hanya ingin mendapat kedudukan yang tinggi , tetapi lupa kepada yang Maha Tinggi. Mereka juga tidak sedar bahawa ‘kenderaan’ yang ditumpanginya bukan kenderaan yang menuju ke arah mendaulatkan syiar Islam yang sebenar, sebaliknya kenderaan itu lebih menyerlahkan nafsu duniawi.
Sehebat apapun janji mereka untuk memakmurkan rakyat memerangi kemiskinan dan kebodohan, tetapi bila meninggalkan misi jihad Islam dan mengabaikan hukum-hukum Allah, maka ia tidak akan mampu merubah nasib bangsa dari kemalangan dan bencana. Hal ini kerana nasib suatu bangsa itu tidak ditentukan oleh pemimpin yang tidak mempunyai kepentingan pada agama yang diredai-Nya.
TAN SRI DR. ALIES ANOR ABDUL ialah Pengerusi Tetap Yayasan Sumber Maklumat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/ulama-berwajah-8216-dua-8217-1.134510#sthash.EJwfUWhy.dpuf

No comments:
Post a Comment