Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Sunday, August 10, 2014

Semua ahli PAS bertenang dan bersabar atas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid

Gambar dari Harakahdaily

Harakahdaily menyiarkan berita permintaan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu para pemimpin dan ahli PAS diminta bersabar dan bertenang berhubung tindakan PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Beliau menambah menambah bahawa para pendukung parti perlu menunggu arahan daripada pemimpin utama berhubung perkara itu.

Beliau juga menyeru para pemimpin parti supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Ahli-ahli PAS juga diingatkan agar tidak menyertai jika ada mana-mana himpunan atau demo yang dianjurkan sama ada pihak yang menyokong atau menentang keputusan pemecatan itu serta ahli-ahli PAS perlu mengambil iktibar suasana yang pernah berlaku di Kelantan apabila berlaku demonstrasi dalam kalangan anggota parti yang menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berpandangan kemelut yang berlaku itu boleh diselesaikan secara keluarga dalam kalangan pemimpin PKR.

No comments:

Post a Comment