Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Friday, August 22, 2014

Nurul Izzah mohon maaf kepada Raja Nong Chik

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (Gambar dari The Malaysian Insider)

Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Nurul Izzah juga berkata, saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Beliau juga kesal dengan kenyataan tersebut. Beliau berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataannya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan dia di atas yang dilaporkan The Malaysian Insider pada 21 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment