Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Tuesday, August 19, 2014

Kelantan turut hormati Hari Perkabungan Negara


Harakahdaily melaporkan kesudian Kerajaan Kelantan mematuhi pengumuman kerajaan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara, kerajaan Kelantan turut sama menghormatinya.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, rakyat Malaysia amat sedih terhadap peristiwa tersebut.

Menteri Besar menambah lagi bahawa Kerajaan Kelantan turut juga meraikan hari perkabungan seperti diumumkan kerajaan Malaysia.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat ini sebagai Hari Perkabungan Negara sempena ketibaan 22 jenazah mangsa nahas MH17.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam menjelaskan garis panduan yang perlu dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara Jumaat ini sempena ketibaan jenazah mangsa nahas pesawat Mas di Ukraine 17 Julai lalu.

Antaranya media elektronik perlu menangguh rancangan hiburan dan diganti dengan bacaan al-Quran dan program keagamaan.

Selain itu bendera Malaysia hendaklah dikibar di separuh tiang di seluruh negara, acara berunsur hiburan hendaklah ditangguh dan pakaian hendaklah berwarna suram.

Ustaz Ahmad juga berharap Malaysia memain peranan aktif bagi mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat siapa sebenar yang menembak jatuh jatuh pesawat MH17 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment