Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, August 20, 2014

PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17

Gambar dari Harakahdaily

Harakahdaily melaporkan yang PAS turut akan menyertai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 22 ogos ini.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seluruh Ahli Parlimen PAS telah diarahkan untuk menyertai istiadat itu nanti.

Datuk Mahfuz juga menambah, saya telah mengarahkan seluruh ahli parlimen PAS khusnya yang berada di Lembah Klang untuk hadir dan bersama-sama memberikan penghormatan,

Katanya lagi, Saya juga telah memaklumkan kepada PAS Pusat agar menghantar wakil rasmi parti ke majlis itu nanti.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan Jumaat ini (22 Ogos) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah mangsa nahas MH17 itu.

Dalam pada itu, Mahfuz juga mengarahkan seluruh PAS kawasan mengadakan bacaan surah Yasin dan tahlil pada Khamis malam Jumaat sempena mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Justeru itu beliau meminta seluruh ahli kita juga agar membuat solat ghaib selepas solat Jumaat ini.

Selain itu juga beliau mengarahkan seluruh premis PAS termasuk pejabat PAS Kawasan, markas serta pusat khidmat untuk memasang bendera separuh tiang pada hari Jumaat.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

No comments:

Post a Comment