Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Thursday, August 21, 2014

Beli barang hantaran dapat Perodua Viva

Omar bergambar bersama Perodua Viva dimenanginya dalam satu majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan bertuah Pasaraya Sakan di Kuala Kangsar. Gambar dari Sinar Harian Online

Seorang pekerja ladang sawit tidak menyangka barang hantaran untuk pertunangan yang dibelinya membawa tuah apabila dia diumumkan sebagai antara pemenang Perodua Viva.

Sinar Harian Online yang membuat liputan di Kuala Kangsar menyiarkan kemenangan Omar Nordin, 26, yang bakal melangsungkan perkahwinan Oktober ini memenangi kereta itu dalam program cabutan bertuah anjuran sebuah pasar raya di sini.

Omar merasa bersyukur sangat dapat kereta ini dan lebih istimewa, kupon yang dia hantar itu kupon membeli barang hantaran tunang Jun lalu.

Tambahnya lagi bahawa pada Oktober ini saya akan melangsungkan perkahwinan dan kereta ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah perkahwinan saya dan bakal isteri.

Menurutnya, dia orang pertama di dalam kampungnya, Felda Tersang, Raub yang memenangi kereta dalam peraduan.

Kegembiraannya dilahirkan dengan mengucapkan terima kasih kepada pasar raya berkenaan kerana memberikan hadiah yang cukup bermakna ini.

Beliau juga berharap pasar raya ini akan terus berkembang dan lebih maju.

No comments:

Post a Comment