Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, August 13, 2014

Jaga kesihatan mulut

Gambar dari Harakahdaily

Rasa sakit dan tidak selesa apabila mengalami masalah gigi menunjukkan kesihatan mulut sangat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata menurut kajian Beban Penyakit Global 2010, karies gigi merupakan masalah paling berleluasa dan dialami kira-kira 3.9 bilion penduduk dunia.

Periodontitis teruk, sejenis penyakit gusi, juga termasuk dalam 10 penyakit paling berleluasa di dunia, manakala kaitannya dengan keadaan sistematik lain menjadikan penyakit ini suatu kebimbangan dari segi kesihatan umum.

Adenan berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat saintifik tahunan Persatuan bagi Pendidikan Pergigian Antarabangsa Bahagian Asia Tenggara (IADR SEA) dan Persatuan bagi Pendidikan Pergigian Asia Tenggara (SEAADE) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca Menteri Muda Kesihatan Awam negeri Datuk Dr Jerip Susil.

Adenan berkata beliau gembira kerana mesyuarat itu membariskan pakar terkemuka antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pendidikan pergigian untuk berkongsi pengetahuan mereka.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tempatan IADR SEA Prof Dr Noor Hayaty Abu Kasim berkata lebih 500 peserta dari 25 negara menghadiri mesyuarat empat hari itu sebagaimana lapor Harakahdaily 12 Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment