Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, August 20, 2014

Kereta guru terbakar

Gambar hiasan dari Google

Shah Alam: Sebuah Proton Waja milik seorang guru musnah selepas ia tiba-tiba terbakar dalam kejadian di sebuah sekolah di Teluk Panglima Garang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, guru berkenaan yang berusia 40-an dikatakan tidak sihat dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya.

Sebaik masuk ke dalam kereta, mangsa keluar semula untuk ke pejabat sekolah untuk menyelesaikan beberapa urusan dokumentasi sebelum ia terbakar.

Saksi kejadian yang juga pelajar tingkatan enam sekolah berkenaan Sofiatul Hidayah Azman Naim berkata, ketika kejadian dia berada dalam kelas sebelum ternampak asap hitam dibahagian hadapan kereta terbabit.

"Sebaik melihat asap kami sudah risau kerana fikirkan cikgu berada di dalam kerana kami nampak cikgu masuk ke dalam kereta.

"Saya bersama rakan yang lain cuba memadam api manakala pelajar lelaki menghampiri kereta untuk menyelamatkan cikgu tanpa mengetahu kereta sudah kosong,"katanya.

No comments:

Post a Comment