Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Tuesday, September 8, 2015

172,000 jemaah haji sudah tiba di Saudi


Jemaah haji Iraq menaiki pesawat Iraqi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Najaf, menuju ke Arab Saudi bagi menunaikan haji tahun ini pada 29 Ogos lalu. AFP

07 September 2015

JEDDAH 6 Sept. – Sejumlah 172,000 jemaah haji dari seluruh dunia te­lah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz melalui 861 penerbangan setakat ini.


Portal Arab News melaporkan, Pengarah Media dan Perhubungan Awam lapangan terbang itu, Turki al-Theeb berkata, jumlah penerbangan haji dijangka meningkat pada permulaan Zulhijah kepada purata enam penerbangan setiap jam atau 144 penerbangan setiap hari.

Menteri Haji Arab Saudi, Bandar Hajjar kelmarin bertemu dengan ahli lembaga pengarah Persatuan Mutawif untuk Jemaah Negara Arab bagi membincangkan rancangan, persediaan, dan perkhidmatan kepada 280,000 jemaah dari 19 negara Arab.

Bandar berkata, pelantikan wanita dalam cawangan kementerian itu di Madinah dan Mekah akan dibuat secara bermusim.

Beliau berkata, jemaah haji dari negara yang menghadapi konflik juga tidak dihalang menunaikan haji.

“Jemaah daripada semua negara diterima dengan baik dan akan diberikan layanan sama rata,’’ katanya.

Pengarah lembaga pengarah itu, Abbas Abdulghani Qattan berkata, sebanyak 121 kumpulan terdiri daripada 1,500 mutawif telah dilatih untuk membantu jemaah haji musim ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/172-000-jemaah-haji-sudah-tiba-di-saudi-1.132407#sthash.Y4HsmNl5.dpuf

No comments:

Post a Comment