
GAMBAR menunjukkan sebahagian jemaah haji duduk dan bediri selepas kawasan kren tumbang dibersihkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di Masjidilharam, Mekah semalam.
KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Masjidilharam, Mekah semalam kembali seperti biasa selepas berlakunya tragedi kren gergasi tumbang di atas Masjidilharam di Kota Mekah, Arab Saudi pada Jumaat lalu.
Salah seorang jemaah, Mohd. Sofian Hilmi (gambar kecil), 29, berasal dari Pulau Pinang berkata, semua jemaah daripada pelbagai negara fokus untuk menunaikan ibadah dan situasi kelihatan normal seperti sebelum insiden tersebut berlaku.
“Pihak berkuasa Arab Saudi pantas membersihkan kawasan di dalam masjid dan dalam masa 24 jam semuanya kawasan tempat kren itu tumbang telah dibersihkan.
“Pada awalnya memang saya takut tetapi apabila sampai di Masjidilharam semua jemaah kelihatan menunaikan ibadah seperti biasa,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3lojbk2yd
No comments:
Post a Comment