Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, September 9, 2015

Rakyat AS mahu ambil pelarian Syria


REUTERS - BEBERAPA pelarian Syria menunggu untuk menaiki sebuah bas polis dekat kampung Idomeni, Greece sebelum menyeberang ke Macedonia semalam.

WASHINGTON – Beratus-ratus penduduk Amerika Syarikat (AS) menawarkan untuk mengambil pelarian Syria tinggal di kediaman mereka dan mahu AS membuka pintu kepada lebih ramai imigran yang melarikan diri daripada perang saudara.

Pandangan itu disuarakan menerusi satu peti­syen dalam talian kelmarin.

Hampir 1,300 orang menandatangani petisyen itu di laman web MoveOn.org untuk meminta Washington membatalkan had pengambilan pelarian Syria ketika Eropah berdepan krisis imigran terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, seramai 4 juta orang melarikan diri daripada perang saudara di Syria sejak 2011. AS telah menerima kira-kira 1,500 pelarian berkenaan, manakala White House menyatakan, pihaknya masih menimbang tindak balas kepada krisis itu termasuk menempatkan mereka semula.

Seorang penandatangan petisyen itu, Paderi Everett Shattuck, 59, membe­ritahu, dia perlu membuka pintu rumahnya kepada pelarian Syria kerana ia sebahagian daripada tadisi AS untuk menyambut baik kedatangan imigran.

“Lagipun, kami perlu berkongsi sebahagian daripada tanggungjawab akibat perang berkenaan yang berlaku berikutan perubahan rejim di Asia Barat. Kebanyakan pela­rian wujud kerana itu,” kata Shattuck yang merujuk kepada penaklukan AS ke atas Iraq pada 2003.

Dalam perkembangan berkaitan, petisyen MoveOn menyatakan, mereka yang menandatanganinya terdiri daripada kalangan keluarga, pasangan muda, pelajar dan pasangan warga emas yang mempunyai bilik kosong di rumah masing-masing. – Reuters

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3lERydl53

No comments:

Post a Comment