Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, September 16, 2015

Pertempuran di al-Aqsa masuk hari kedua


REUTERS - POLIS Israel menghalang wanita Palestin daripada memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis semalam.

BAITULMUQADDIS – Orang Islam dan polis Israel bertempur di pekarangan Masjid al-Aqsa pada hari kedua berturut-turut semalam, manakala polis Yahudi melakukan sekurang-kurangnya tiga tangkapan, lapor pihak berkuasa.

“Ketika polis memasuki pekarangan tersebut, sekumpulan belia bertopeng lari ke dalam masjid dan membaling batu ke arah anggota-anggota kami,” kata polis Israel dalam satu kenyataan.

Polis memberitahu, pihaknya memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa di puncak sebuah bukit bagi memastikan belia Islam yang berhimpun tidak mengganggu penduduk Yahudi atau pelancong semasa sesi lawatan waktu pagi.

Pekarangan Masjid al-Aqsa dianggap tempat suci oleh umat Islam dan bangsa Yahudi.

Menurut kenyataan sama, tiga penunjuk perasaan Palestin ditangkap, manakala sesi lawatan berkenaan diteruskan seperti biasa.

Orang bukan Islam dibenarkan melawat pekarangan masjid itu tetapi penduduk Yahudi tidak dibenarkan beribadat atau menunjukkan simbol kebangsaan kerana bimbang akan menimbulkan ketegangan dengan jemaah Islam.

Israel merampas timur Baitulmuqaddis yang menempatkan masjid al-Aqsa dalam Perang Enam Hari pada 1967. Rejim Zionis kemudian merampas kawasan tersebut dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3lok6MAZe

No comments:

Post a Comment