Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Monday, September 7, 2015

Tablet seperti komputer riba







TABLET Surface 3 mampu berfungsi sebagai sebuah komputer riba.

05 September 2015

MELAKUKAN kerja-kerja pejabat ketika berada di luar rumah pasti lebih mudah dengan bantuan tablet yang mampu berfungsi seperti komputer riba.

Tablet terbaharu daripada syarikat pengeluar perisian komputer terkemuka, Microsoft Corp., iaitu Surface 3 berfungsi seperti komputer riba berikutan dilengkapi dengan sistem operasi Windows penuh.

Mempunyai skrin bersaiz 10.8 inci dengan paparan ClearType Full HD Plus, visual yang dipaparkan pada tablet itu kelihatan sangat jelas, sekali gus menjanjikan kepuasan kepada pengguna ketika menonton video kegemaran atau melihat gambar-gambar menarik.

Binaan Surface 3 yang diperbuat daripada besi magnesium yang menjadikan peranti itu bukan sahaja kelihatan menarik dan elegan, tetapi cukup teguh untuk dibawa ke mana-mana, sama ada bagi tujuan kerja, bermain mahupun belajar.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Aton x7-Z8700 empat teras berkelajuan 1.6 gigahertz, tablet itu mampu memberikan prestasi yang memuaskan tidak kira semasa membuka perisian Microsoft Office, multimedia atau aplikasi permainan.

Tidak seperti tablet biasa, Surface 3 turut dilengkapi dengan port USB 3.0 standard untuk memudahkan pengguna memindahkan data dari peranti lain selain slot pembaca kad mikro SD, port USB mikro untuk mengecas dan pindahan data USB 2.0, bicu audio dan port penutup.

Selain itu, ciri paling jelas yang terdapat pada Surface 3 bagi membezakan pada bahagian belakang yang membolehkan penggunaan secara menegak dalam tiga posisi.

Didatangkan bersama sistem operasi Windows 8.1, pengguna boleh menaik taraf perisian tersebut kepada Windows 10 secara percuma.

Sementara itu, aksesori seperti penutup bertaip, pen dan stesen dok yang didatangkan secara berasingan melengkapkan lagi tablet Surface 3. – DHIYA’ZULHILMI DAUD

Surface 3

Dimensi: 
267x187x8.7 milimeter

Berat: 
622 gram

Cip pemprosesan:
 Intel Atom x7-Z8700 empat teras (1.6GHz dengan teknologi Intel Burst sehingga 2.4GHz)

Skrin: 
10.8 inci dengan paparan ClearType Full HD Plus

Resolusi: 
1.920x1,280 piksel

Kamera utama: 
8 megapiksel (MP)

Kamera hadapan: 
3.5 MP

Sistem operasi: 
Windows 8.1

Jangka hayat bateri: 
Sehingga 10 jam

Memori: 
2 gigabait (GB), 4GB

Storan: 
64GB, 128GB

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/tablet-seperti-komputer-riba-1.131908#sthash.0jfXikj7.dpuf

No comments:

Post a Comment