Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Friday, September 11, 2015

Pelajar tahfiz perlu diterap pendidikan kenegaraan

Gambar hiasan.

09 September 2015

KUANTAN 8 Sept. – Selain memperkenalkan Skim Bantuan Tahfiz bagi melahirkan cendekiawan Islam kelas pertama di negara ini, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) diminta memainkan peranan me­nerap pendidikan asas kenegaraan dalam kalangan pelajar tahfiz terutama yang belajar di sekolah agama dan tahfiz swasta.

Pengetua Madrasah Tahfiz al-Haj di sini, Venzin Dagok berkata, langkah itu penting bukan sahaja bagi melahirkan pelajar mahir dan mendalami mengenai Islam malah mempunyai rasa kecintaan tinggi terhadap negara.

“Saya melihat elemen ke­negaraan tidak diterapkan dalam kalangan pelajar tahfiz terutama di sekolah agama dan tahfiz swasta, diharapkan YPM dapat memainkan peranan ini dan boleh bekerjasama dengan kita di madrasah tahfiz milik swasta.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat tetapi dalam per­nyataan cinta terhadap negara, kita harus bersama sampai bila-bila dan ini perlu diterapkan dalam kalangan pelajar tahfiz di negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ke­tua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa semalam bahawa yayasan itu akan memperkenalkan Skim Bantuan Tahfiz bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah aliran agama dan sekolah tahfiz pada tahun depan.

Abdul Karim berkata, skim yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu bakal menjadi wadah penting dalam usaha melahirkan cendekiawan Islam kelas pertama.

Venzin berkata, selain pendidikan asas kenegaraan, bidang kemahiran juga perlu diterapkan dalam kalangan pelajar tahfiz supaya mereka mempunyai kerjaya yang boleh dipilih apabila tamat pem­belajaran.

Dalam pada itu, dia berkata, langkah YPM memperkenalkan skim baharu itu dialu-alukan dan ditunggu sekolah tahfiz di negara ini.

“Bagi saya langkah ini merupakan usaha baik oleh YPM. Seperti madrasah saya, kami merupakan sekolah tahfiz swasta dan pastinya mempunyai kekangan terutama dari segi kewangan.

“Jika YPM sudi membantu, cadangan saya boleh disalurkan bantuan kewangan RM5,000 setahun atau beri bantuan berupa ke­perluan alat tulis dan buku selain menyediakan kursus ke­negaraan serta kemahiran,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pelajar-tahfiz-perlu-diterap-pendidikan-kenegaraan-1.133389#sthash.sBbAlIb8.dpuf

No comments:

Post a Comment