Iklan Kite
Thursday, June 5, 2014
300 Hari Lagi Tamat Pencarian Dasar Laut Terbesar Dunia
KUALA LUMPUR 4 Jun - Kontraktor persenderian yang dilantik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai baki 300 hari lagi untuk menamatkan pencarian dasar laut terbesar dalam sejarah dunia.
Menurut laporan The Wall Street Journal, kerajaan Australia juga telah mengeluarkan dokumen tender hari ini dengan menggariskan syarat sekiranya Malaysia ingin meneruskan misi pencarian tersebut.
Sementara itu, kerajaan Australia turut menegaskan ketidakperluan meneruskan operasi tersebut ekoran lokasi terakhir MH370 masih belum muktamad.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, pasukannya masih belum menetapkan kawasan pencarian yang tepat ekoran mereka masih menganalisa komunikasi satelit dan anggaran perjalanan pesawat Boeing 777 tersebut.
Misi pencarian MH370 belum menemui sebarang data baru bagi beberapa minggu kebelakang.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 krew hilang dari radar Pusat Kawalan Udara Subang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 8 Mac lalu.
Penerbangan ke China tersebut sepatutnya mendarat di Beijing, China 6.30 petang pada hari sama.
Semenjak kehilangan MH370, pelbagai agensi dari serata dunia membantu Malaysia dalam mencari pesawat yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment