Oleh Abdul Shukur Harun
Tidak syak lagi, negara serumpun kita, Indonesia, menyerlahkan harapan baru dunia demokrasi sejak zaman reformasi, 1998 hingga kini.
Negara berpenduduk 248 juta itu sedang menikmati kehidupan demokrasi di mana akan mengadakan Pilihan Raya (Pemilu) Presiden Indonesia 2014 yang dijangka berlangsung pada 9 Julai depan yang pastinya akan membuka lembaran baru dalam sejarah politik Indonesia apabila rakyatnya bakal memilih presiden ke-7 sejak Indonesia mencapai kemerdekaan pada 1945.
Presiden Indonesia sekarang, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) bakal melepaskan jawatan tersebut apabila penggal keduanya tamat tahun ini. Seperti Amerika Syarikat, Indonesia juga menetapkan seorang presiden hanya boleh memimpin negara untuk tempoh dua penggal sahaja.
Sepanjang pengamatan saya ketika berada di negara itu dalam Pemilu 2004 dan 2009, saya mendapati Pemilu menjadi 'Pesta Demokrasi' yang sangat menarik, berwarna warni dan harmonis. Tidak ada perlakuan ganas dan bengis daripada semua pelaku politik di negara itu walaupun pertarungan tetap sengit.
Tidak ada maki hamun, pergaduhan, mengoyak poster, ejek mengejek, kawat berduri yang memisahkan kumpulan politik yang bertentangan, tidak ada kawalan polis yang ketat. Tidak ada sekatan bersuara di TV dan media daripada calon parti mana pun.
Pemilu itu dimeriahkan pula dengan debat presiden dan wakil (naib) presiden di televisyen yang bersifat sangat intelektual. Ia berisikan perdebatan yang sihat dan rasional, di mana calon presiden dan wakilnya berdebat dengan mengemukakan idea dan gagasan masing-masing jika dipilih.
Pada saya ini menunjukkan demokrasi sangat berkembang di negara itu menyebabkan ia muncul sebagai harapan baru bagi kebangkitan dunia baru demokrasi yang sangat mengkagumkan.
Saya memetik kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada di Jakarta tempoh hari:"Apabila dibandingkan dengan negara majoriti umat Islam lainnya, Indonesia jauh lebih aman. Kebebasan untuk mengeluarkan pendapat di sini dijamin, termasuk DPR, DPD dan MPR."
Beliau juga memuji usaha mambanteras rasuah dan penyelewengan daripada semua golongan masyarakat, sampaikan ada ketua Mahkamah Konstitusi Perlembagaan (MK) yang ditangkap kerana rasuah. Tapi ini hanya terjadi di Indonesia dan inilah kebanggaan Indonesia, katanya.
Saya perhatikan demokrasi yang sedang mekar di Indonesia sekarang ini dicetuskan oleh bekas Presiden Jusuf Habibie yang diaggap sebagai salah seorang putera terbaik Indonesia.
Dalam masa pemerintahan Habibie inilah muncul beberapa indikator ke arah demokrasi di negara itu. Pertama, diberikannya ruang kebebasan media sebagai ruang publik untuk meyertai kebangunan bangsa dan negara. Kedua, berlakunya sistem multi parti dalam Pemilu mulai 1999.
Demokrasi yang diterapkan di negara itu bermula era reformasi adalah demokrasi Pancasila, dengan perwatakan yang berbeza dengan Orde Baru dan sedikit mirip dengan demokrasi berparlimen 1950-1959.
Pertama, Pemilu yang dilaksanakan (1999-2004) jauh lebih demokratik daripada yang sebelumnya. Kedua, bentuk kekuasaan dilaksanakan bermula dengan pemerintahan pusat sampai peringkat desa. Ketiga, pola pengambilan orang politik untuk mengisi jabatan politik dilakukan secara terbuka. Keempat, sebahagian besar hak asasi terjamin seperti adanya kebebasan menyatakan pendapat.
Pemilu Presiden 2014 bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara Prabowo-Hatta dan Jokowi-Jusuf Kalla. Buat pertama kalinya Pemilu Presiden (Pilpres) hanya ditandingi dua gandingan calon presiden saja, penyertaan paling sedikit sejak pilpres diperkenalkan pada 2004.
Calon presiden kali ini ialah Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi mula menempa nama dalam arena politik Indonesia apabila menang pada Pemilihan Gabenur (Pilgub) 2012 sekali gus menjadi gabenor DKI Jakarta.
Pemimpin dari Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) ini juga adalah antara individu yang disebut-sebut sebagai bakal presiden Indonesia sejak bermulanya kempen Pemilu 2014.
Manakala gandingan Jokowi, ialah Jusuf Kalla (JK), nama yang tidak asing dalam dunia politik Indonesia. JK pernah menjawat jawatan kedua tertinggi di Indonesia pada 2004 apabila gandingannya dengan SBY menang pada Pilpres 2004 sekali gus melayakkan beliau dipilih sebagai wakil presiden Indonesia ke-10.
Sementara itu, gandingan Prabowo Subianto juga adalah nama yang seringkali mewarnai dunia politik Indonesia. Pemimpin utama daripada Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) ini pernah bergandingan bersama Megawati ketika Pilpres 2009, namun gandingan mereka tewas kepada SBY-Boediono.
Prabowo juga pernah memegang jawatan leftenan jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) angkatan darat ketika era pemerintahan Soeharto.
Gandingan Prabowo pada pilpres nanti, Hatta Rajasa, menteri Koordinator Perekonomian Indonesia. Hatta menjawat jawatan berkenaan sejak 2009 ketika di bawah pemerintahan SBY. Beliau juga adalah besan kepada SBY pernah menjawat pelbagai jawatan menteri sejak 2001. Selain itu, beliau adalah ketua umum Dewan Perwakilan Pusat (DPP) Partai Amanah Nasional (PAN).
Sesuatu yang menarik mengenai politik Indonesia ialah pemimpin mereka bebas untuk bergabung dengan mana-mana parti atau individu yang dipersetujui. Demikianlah meriahnya demokrasi di Indonesia di mana kerananya rakyat Indonesia berhutang budi kepada B J Habibie, presiden ketiga Indonesia yang walaupun sangat singkat pemerintahannya iaitu sekitar setahun empat bulan, tetapi melakukan perubahan besar, memulakan pencerahan demokrasi di negaranya.
Ia menjadi contoh bagaimana seorang pemimpin yang bervisi jauh ke depan, bijaksana dan memimpin secara intelektual, mendepani masalah secara bijaksana. Pemilu Presiden Indonesia kali ini pada 9 Julai, dalam bulan Ramadan dan tentunya sangat bermakna kerana akan memilih seorang presiden yang bakal memimpin 248 juta rakyat, pelbagai keturunan, suku kaum, ribuan bahasa daerah, budaya dan latar belakang.
Tetapi ada khabar daripada para sahabat di Jakarta, jumlah rakyat Indonesia yang berkecuali, tidak mahu mengundi, yang dipanggil Golput (Golongan putih) hampir mencapai 42%. Jumlah yang sangat besar di mana mereka beralasan:"Mengundi atau tidak mengundi kami rakyat miskin begini juga, jadi tak payahlah mengundi."

No comments:
Post a Comment