Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memainkan peranan sewajarnya menjaga kepentingan agama Islam di negeri itu dalam melaksanakan tugasnya menyerbu sebuah majlis perkahwinan di kuil Hindu di Petaling Jaya baru-baru ini.
Katanya dari segi prosedur, Jais lebih arif berdasarkan kuasa yang diberi mengikut peruntukan dalam Jadual 9 Perlembagaan Senarai 2, Islam di bawah kuasa majlis agama Islam negeri.
"Kita harap semua pihak berlapang dada dan serahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang menyifatkan serbuan Jais ke majlis perkahwinan Zarina Abdullah Majid yang dijalankan di sebuah kuil di Petaling Jaya sebagai tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Jais mendakwa pengantin perempuan dalam upacara itu beragama Islam, tetapi wanita berkenaan menafikannya dan berkata bapanya menukar agamanya kepada Islam tanpa pengetahuan keluarganya.
Jamil Khir berkata majlis agama Islam harus memainkan peranan mempertahankan agama mengikut kuasa yang telah diperturunkan kepada mereka.
"Sebarang kegagalan (dalam hal seperti ini), mungkin majlis agama akan dilihat sebagai gagal melaksanakan tugas," katanya. – Bernama, 5 Jun, 2014.

No comments:
Post a Comment