BAGUS...Mohamad Sabu ketika melawat Tuan Guru Abdul Hadi kelmarin.
HARAKAHDAILY | 04 Jun 2014.
KUALA LUMPUR: Pihak Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul menjelaskan bahawa perkembangan keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hai Awang bertambah baik.
"Saya telah bertemu dengan Tuan Guru dalam wadnya beberapa kali pada hari ini Selasa 3 Jun 2014 dan terkini ialah pada jam 5.15 petang waktu Istanbul (10.15 malam waktu Malaysia)," ujar Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dipetik daripada facebook Presiden PAS, beliau memaklumkan telah bertemu doktor perubatan yang bertanggungjawab, untuk mendapatkan maklumat terkini kedudukan kesihatan Tuan Guru pada pagi semalam.
Jelasnya, Tuan Guru juga sudah mula berjalan ringan dalam bilik beliau.
"Dalam masa yang sama beliau memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk pemulihan secara berkesan.
"Untuk menguruskan maklumat keadaan kesihatan Tuan Guru dan menolak khabar-khabar yang tidak dari sumber yang sebenar, maka saya juga akan secara berterusan memberikan maklum balas setiap hari, iaitu di sebelah malam waktu Malaysia untuk makluman sahabat-sahabat di Malaysia," tulisnya lagi.

-HARAKAHDAILY 4/6/2014
No comments:
Post a Comment