Iklan Kite
Tuesday, June 3, 2014
Bagaimana tangani kes nafsu membuak orang Islam yang tak berapa Islam? – CursingMalay
Sebagai orang Islam, aku tanya kau satu soalan yang cukup mudah. "Bagaimana seorang lelaki Islam yang belum berkahwin hendak menangani nafsu yang mencanak?"
Macam mana?
Lelaki Islam tidak boleh;
1. Melayan pelacur
2. Melakukan masturbasi
3. Menonton porno
4. Menggeselkan zakar pada pokok dengan tujuan mengeluarkan air mani
MACAM MANA? Kalau kau tanya Ustaz, Ustaz kata;
1. Ambil wuduk
2. Berdoa
3. Solat sunat
4. Ingat Allah
5. Takut dengan neraka
Dan bermacam-macam lagilah jawapan yang sebenarnya, realitinya, langsung tidak membantu seorang lelaki Islam yang tidak berapa Islam menghilangkan gelodak nafsu serakah.
Jadi, lelaki akan salahkan wanita.
Wanita pakai seksi. Wanita tayang cleavage. Wanita suka bend over. (Walaupun aku menulis sedemikian tetapi wanita masih lagi tidak patut menayangkan cleavage dalam apa cara sekalipun kecuali bersama suami dan menyusu anak)
Lelaki juga akan salahkan media barat. Pelakon wanita pakai seksi. Pelakon wanita tayang cleavage. Pelakon wanita suka bend over.
Apabila sudah makin parah dan situasi itu sudah tidak terkawal; apa yang lelaki akan buat?
Lelaki akan salahkan wanita mangsa rogol. Lelaki akan kata yang wanita rogol itu juga khayal dadah.
Lelaki itu kata wanita itu juga gian hendak rasa zakar. Lelaki akan kata wanita itu juga suka apa yang dia lalui. Lelaki itu juga akan kata yang wanita itu sebenarnya tidak sebaik mana, terlalu sosial, buas dan memang suka geli-geli dengan lelaki lain.
Lelaki akan kata, "Kau tengoklah minah tu, dia pun pakai ketat, rambut merah, kau expect apa dengan perempuan camtu?"
Itulah yang selalu terjadi kan? "Mangsa rogol yang goda saya. Mangsa rogol yang tunjuk cameltoe dia. Mangsa rogol yang jilat bibir dia dengan gaya seksi."
Kepada para ilmuwan agama yang handal-handal, aku ajukan satu persoalan:
"Macam mana kau hendak suruh lelaki buruk akhlak jangan rogol wanita dengan gunakan alasan dia perlu takut Allah... sedangkan dia langsung tidak takut Allah?"
Kau boleh ganti "Jangan rogol wanita" tu dengan "Jangan melakukan masturbasi," atau "Jangan tengok porno," atau "Jangan mengintai perempuan berak," sebab semua itu sama relevannya.
Islam itu sempurna.
Mesti ada cara lain hendak "bantu" Muslim begini yang berada di luar sana.
Mesti ada cara kau hendak bantu orang-orang Islam yang tidak takut Tuhan dia sendiri sekurang-kurangnya supaya dia tidak rogol orang lain.
Siapa genius cuba jawab. Kalau kau jawab, "Legalkan pusat pelacuran!" kau bukan genius.
Aku harap 38 orang yang rogol minah 14 tahun tu dijadikan case study untuk kita analisa, apa kesan hudud kepada masyarakat kita.
Penjara sahaja tidak cukup untuk orang-orang begini. Mungkin dalam keadaan macam ni, mati lagi elok mereka ini. – cursingmalay.blogspot.com, 2 Jun, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment