Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, June 4, 2014

Jangan gentar dengan hukum hudud


RANTAU PANJANG – Penduduk Rantau Panjang tanpa mengira perbezaan agama, dinasihatkan agar tidak berasa gentar dengan hukum hudud yang bakal dilaksanakan kelak.

Adun Gual Periok, Mohamad Awang berkata, sesuai dengan objektif pelaksanaannya, hukum hudud akan memberi keadilan kepada semua penduduk.

Menurutnya, pelaksanaan hukum hudud amat penting lebih-lebih lagi kepada penduduk yang tinggal berdekatan sempadan seperti Rantau Panjang.

"Sebelum ini terdapat laporan mengenai kes jenayah curi motosikal, dadah dan banyak lagi.

"Sekiranya hukum hudud dilaksanakan, Rantau Panjang akan bebas daripada sebarang kes jenayah sempadan, seterusnya membentuk suasana harmoni," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan beras al'itam di Pejabat Penggawa Rantau Panjang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohamad turut menasihati penduduk agar mengekalkan perpaduan dan memantau aktiviti golongan remaja.

Katanya, krisis moral dalam kalangan belia ketika ini perlu dibendung lebih awal agar tidak menjadi amalan yang akan diikuti generasi akan datang.

"Sekiranya kita lemah dalam mengekalkan perpaduan, maka keharmonian pekan Rantau Panjang yang terkenal dengan gelaran 'syurga membeli belah' ini akan hancur," tegasnya.

Sementara itu, majlis penyampaian beras al'itam menyaksikan seramai 180 penduduk dari seluruh Dun Gual Periok menerima sumbangan beras berkenaan.

No comments:

Post a Comment