Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Saturday, June 7, 2014

Malaysia Sebuah Negara Sekular Atau Bukan?


Kelompok terlibat dengan perundangan di Malaysia, yang terdiri daripada, bekas hakim, pengamal undang dan ahli akademik perundangan, masih tidak bersepakat tentang kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara.

Perbahasan terus berpanjangan dalam persoalan, samada Malaysia adalah sebuah negara Sekular atau bukan sebuah negara sekular.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengesahkan dakwaan Pensyarah Undang-Undang Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, menegaskan bahawa tiada sifat sekular pada perlembagaan negara.

Tun Abdul Hamid berkata, Malaysia bukanlah negara sekular, sebaliknya perkataan sekular tersebut menjadi perkataan yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Sebelum itu, pada Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan bertajuk: Hudud di Malaysia, Peluang, Cabaran dan Halangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shamrahayu Abd Aziz yang dianggap sebagai pakar perlembagaan negara, menafikan bahawa Malaysia adalah negara sekular.

“Kalau kita lihat tiada peruntukan di dalam perlembagaan yang menyebut tentang sekular dan penolakan al-Quran dan as-Sunnah.

“Malahan menurut Perkara (3) Perlembagaan ada menyebut tentang Islam adalah agama rasmi negara dan agama lain boleh laksanakan ajaran mereka.


“Ini jelas menafikan bahawa Malaysia adalah negara sekular.

“Malah boleh dikatakan bahawa tiada halangan yang boleh menidakkan pelaksanaan hudud disebabkan oleh kekangan sekular,” katanya dipetik Sinar Harian.

Pof.Dr. Abdul Aziz Bari juga berpendapat hujah yang menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular adalah kurang tepat.

Ini kerana, katanya, terdapat banyak peruntukan lain dalam Perlembagaan itu yang memberi keistimewaan kepada agama Islam.

Antaranya, Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang membenarkan kerajaan membelanjakan duit negara bagi pembangunan agama Islam, menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara sekular.

Sebaliknya, Peguam Tommy Thomas yang juga dianggap sebagai salah satu pakar undang-undang perlembagaan di negara ini berkata, Malaysia adalah dan sentiasa merupakan sebuah negara sekular walaupun tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana, kata beliau, undang-undang tertinggi negara ini dan dokumen penubuhan negara adalah sekular, kata beberapa pakar undang-undang meneruskan perdebatan tentang status negara yang mana majoriti penduduknya adalah Muslim.

“Ini adalah tidak benar,” kata Tommy Thomas, yang dianggap sebagai salah satu pakar undang-undang perlembagaan di negara ini.

“Bagi saya, untuk mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular kerana Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan demikian adalah hujah yang benar-benar terlalu mudah. Sama seperti Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider, Oktober tahun lalu.

Bekas Menteri yang juga seorang bekas peguam Datuk Zaid Ibrahim pula berpendapat, dalam pelembagaan negara juga tidak mendefinasikan banyak perkara.

“Perlembagaan tidak mendefinasikan banyak perkara. Ia tidak mendefinisikan demokrasi, jadi apakah ini bermakna kita tidak demokratik?

“Jika Malaysia bukan sekular atau teokratik, maka ia adalah apa sahaja BN kata,” kata Zaid dipetik melalui laman twitternya tidak lama dahulu.

Profesor Emeritus Dato’ Dr Shad Faruqi pada forum sempena pelancaran Kempen “Perlembagaanku” anjuran Majlis Peguam tahun 2009 pula berpendapat, perlembagaan negara mempunyai kedua-dua ciri dan tidak betul untuk mengatakan ia seratus peratus sekular.

Selain itu, katanya, ungkapan sekular itu sendiri mempunyai makna yang berbagai-bagai dan semua orang tidak sependapat dalam soal itu.

No comments:

Post a Comment