Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Wednesday, June 4, 2014

Presiden UMNO fail saman Malaysiakini


PAPARAN imej portal Malaysiakini yang memberi gambaran negatif terhadap Najib.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja parti itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, Ketua Editor dan Ketua Pengarang laman web portal Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Writ saman difailkan menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada Jumaat lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Media memperoleh writ saman itu semalam.

Najib dan Ab. Rauf (bagi pihak UMNO) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn. Bhd., Ketua Editor Malaysiakini.com, Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

No comments:

Post a Comment