Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Monday, June 16, 2014

Laporan Ketua Audit Negara: PAC bakal panggil 5 kementerian untuk beri keterangan



T K Letchumy Tamboo

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil sekurang-kurangnya lima kementerian bagi memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, lima kementerian tersebut adalah Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan Kementerian Dalam Negeri.

"Dari segi jumlah kerugian dan jenis kesilapan yang telah diketengahkan, masalahnya lebih kepada kelemahan pengurusan daripada ketirisan dan penyalahgunaan kuasa," katanya di satu sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau juga berkata Jabatan Audit Negara harus mengkaji semula prestasi semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan milik kerajaan (GOC) ekoran kelemahan yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Contohnya, dalam Laporan Ketua Audit Negara, Felda dan Felcra mempunyai masalah perolehan yang sepatutnya tidak berlaku dan kami tidak faham mengapa ia masih berlaku.

"Kita minta kerajaan terutama Kementerian Kewangan untuk menyatakan jumlah sebenar keseluruhan GLC termasuk laporan prestasi syarikat sama ada menetapi objektif dan hasil keuntungan yang diperolehi," katanya.

Beliau menambah, PAC telah menyelesaikan 98 kes daripada 121 kes yang telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lepas.

No comments:

Post a Comment