Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Tuesday, June 3, 2014

Teknologi Jam mirip telefon pintar




Permintaan terhadap jam pintar (Smartwatch) ketika ini sangat tinggi dan seolah-olah ia menjadi satu benda yang perlu ada dalam kalangan pencinta gajet.Kebiasaannya jam pintar dilihat hampir sama walaupun dikeluarkan oleh jenama yang berbeza. Namun, jam pintar Rufus Cuff ini mempunyai kelainan yang tersendiri. Ia memiliki keupayaan seperti yang ada pada telefon pintar. Ia boleh digunakan untuk melayari internet, malah membuat panggilan. Skrinnya juga besar iaitu tujuh sentimeter (sm), resolusi 400 x 240 piksel dan menggunakan prosesor Texas Instrument ARM Cortex A8.

Mempunyai memori dalaman 16GB, wi-fi Bluetooth, GPS, kamera depan, pengesan gerakan, pembesar suara, serta mampu bergetar sebagai makluman ada panggilan atau pesanan masuk.

Ia menggunakan sistem operasi Android KitKat 4.4 dan boleh digunakan untuk mengakses Google Play Store.

No comments:

Post a Comment