Iklan Kita

Harta Kita di sana

Iklan Kite

Saturday, June 7, 2014

Piala FA: Pentas jurulatih tempatan pamer percaturan taktikal terbaik


Kapten Pahang, Razman Roslan dan ketua pasukan, Felda United, Shukor Adan akan merebut kejuaraan Piala FA peribadi yang ketiga bagi mereka.

KUALA LUMPUR: Penentuan Piala FA antara Pahang dan pasukan berstatus kelab, Felda United bakal menyaksikan keupayaan jurulatih tempatan mempamerkan percaturan taktikal mereka selepas selama beberapa tahun pentas akhir sering dikuasai oleh jurulatih asing

Berdasarkan pengalaman kejurulatihan, ternyata jurulatih Felda United Irfan Bakti Abu Salim lebih unggul berbanding rakan sejawatnya daripada Pahang, Zainal Abidin Hassan apabila telah berjaya membawa Terengganu dan Pulau Pinang menjuarai Piala FA pada edisi sebelum ini.

Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan bahawa jurulatih tempatan bukanlah kurang daripada segi ilmu dan kini mereka berjaya membuktikan bahawa mereka juga setaraf dengan pengendali asing.

“Sebelum ini kita lihat ramai jurulatih asing muncul pada perlawanan akhir membawa pasukan masing dan kali ini saya gembira apabila perlawanan akhir kali ini berjaya menemukan dua jurulatih tempatan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Pengendali Pahang pula, Zainal Abidin Hassan mengatakan bahawa pasukannya akan mebawa sistem, tugasan dan disiplin yang sama seperti perlawanan sebelum-sebelum ini untuk perlawanan pada malam ini.

Sementara itu, kedua-dua ketua pasukan Pahang dan Felda United pula akan berentap bagi membuktikan pasukan masing-masing berhak untuk merangkul kejuaraan Piala FA.

Kedua-dua ketua pasukan Felda United dan Pahang, Mohd Sukor Adan dan Razman Roslan pernah merangkul kejuaraan tersebut sebanyak dua kali dimana Shukor memenanginya bersama pasukan Negeri Sembilan dan Selangor manakala Razman pula memenanginya kedua-duanya bersama Selangor.

No comments:

Post a Comment